Wednesday, July 17, 2013

Pendek Akal di Internet #2 - Bah Kut Teh

Sebenarnya bulan puasa ni aku malas nak bukak blog & post apa-apa, sebab malas ah nak merepek bukan-bukan bulan puasa ni. ada baiknya baca Quran daripada baca blog aku bulan puasa ni.

Tapi takpe la, orang baca ke tak blog aku sama je. Tak mendatangkan kesan sampingan pada pahala puasa korang la. Harapnya mcm tu la hahaha.

So awal kita puasa haritu ada orang tunjuk gambar kat bawah ni.
ada cop halal JAKIM tuuu.


Ya, mungkin saudara Alvin Tan & aweknya anggap benda ni satu benda kelakar untuk orang islam. Ye la orang tgah penat-penat puasa lapar dahaga mesti la stress & tension. Mungkin mereka anggap dgn hiburan sedemikian dapat meringankan beban kaum muslimin kat Malaysia ni. 

MUNGKIN. Aku tak pasti apa niat sebenar diorang haha.

Cuma ada beberapa benda yang aku dapati menarik bila orang komen isu ni.

1) “diorang cina hina kita sebab dia tak faham cara hidup kita as orang islam. Takyah nak butthurt”

Hampir kebanyakan beranggapan macam ni. OK maybe ada logiknya pun. Orang yang tak mengamalkan agama islam mana faham cara hidup orang islam. 

TAPI kenapa just diorang sahaja yang bersikap macam tu? Kenapa kawan-kawan Chinese aku takde yang buat home delivery satu set ‘bah kut teh’ kat aku sebagai juadah berbuka puasa dgn tulis wish card “just kidding bro lolzz”? Kenapa dalam banyak-banyak bangsa Chinese kat Malaysia ni diorang yang beria-ia nak wish org islam macam tu?ko tak rasa pelik ke? Ada ramai je Chinese non-muslim yang boleh hormatkan org melayu muslim punya tatacara hidup, tapi kenapa diorang tak boleh?

Sebenarnya bila kita duduk kat Malaysia, kita dah terdedah dengan kaum lain punya cara hidup dan adat budaya. Sejak kecil kita dah bercampur & hidup bersama & banyak benda yang kita dah kongsi & faham bersama. 

Contohnya semua orang tahu orang Islam dilarang makan baby babi. 

Semua orang tahu kaum hindu tak makan lembu sebagai hormatkan kepercayaan agama diorang. 

Semua orang tahu kalo Chinese New Year ko bagi angpau sampul kaler putih itu adalah satu tahap sial & sangat offensive.

Bukanlah aku mengharapkan orang non-muslim kat Malaysia ni faham agama Islam macam mana wali songo or para ulamak faham tentang islam. Tapi AT LEAST kau tahu apa yang boleh dan tak boleh diamalkan oleh orang Islam. Bagi aku, if you do not understand what commonsense that other can simply understand, then the problem lies within yourselves from the beginning.

Dan sebenarnya even kalo betul diorang tak faham pun (aku rasa diorang buat-buat tak faham je) what right do you have to offend what other people might believe? Actually it isn’t a big deal if muslims can’t eat pork anyhow, but still why do you have to make fun of it? 


Bagi aku benda tu menunjukkan yang diorang just too ignorant to care whatever other people might believe & have faith in it.

Doesn’t matter whether muslims allowed to eat park pork or not, they are going to make fun of whatever the muslim believes in anyhow because they are too ignorant & selfish to care whether what they speak or argue gonna offend others.

Dan kenapa mesti orang islam SAHAJA kau kena make fun? Orang yahudi pun tak makan baldi babi (fact: jews do not eat pork also) tapi kenapa Alvian Tan & balaci mereka tak ucap ‘selamat menyambut perayaan Bar Mitsvah dengan hidangan Bah Kut Teh’ kepada orang yahudi di serata dunia?kalo ada bak mai gambar sikit, boleh aku hantar kat haaretz news publication. 

2) "org melayu tak patut terasa kalo org non-muslim mempersendakan agama islam, sebab org melayu sendiri tak amalkan apa yg islam ajar"

Kadang-kadang keyboard warriors ni diorang nak utarakan satu logik yang pada awalnya kedengaran ‘plausible’ atau erti kata lain boleh diterima semua org yg baca.

Tapi bila kau fikir-fikir balik sampah sebenarnya.

Sebab kalo ko baca balik statement tersebut, banyak benda yang bercelaru satu sama lain 

Satu

Bila orang hina agama islam, tak semestinya orang melayu terasa. Sebab dah nama pun AGAMA islam, bukan AGAMA melayu. Orang yang menganut agama Islam ada terdiri dari pelbagai bangsa selain melayu. Cumanya aku rasa tak ada masalah pun bahkan memang patut orang islam terasa kalo ada non-muslim hina agama islam even kalo bukan melayu sekalipun.

Sebab apa yang berlaku adalah satu penghinaan. Penghinaan ni benda yang keji & jelik & ianya bukanlah satu benda yang menggembirakan hati ramai pihak. Ini isu sensitiviti masyarakat. Sesiapa dalam masyarakat ada hak untuk terasa & meluahkan rasa ke’tidakpuashati’an tak kira la melayu ke tak, non-muslim ke tak. 

Eh sedangkan aku tengok ada je Chinese non-muslim sendiri yang terasa dengan perbuatan Alvin Tan dan balaci nya terhadap orang islam, ni tetiba ada keyboard warrior celah mana entah cakap “orang melayu takyah terasa sangat bhai” sedangkan aku rasa orang yang paling patut terasa adalah orang MELAYU yang beragama ISLAM .

Dua.

Sebab ramai orang melayu sendiri yang rosak & tak amalkan ajaran islam, so orang melayu tak payah terasa kalo non-muslim hina islam.

Macam aku cakap ini berkaitan sensitivity masyarakat secara umum. 

Memang betul orang melayu ramai hisap dada dadah (tolong kawal imaginasi)

Memang betul yang kaki minum arak sekarang orang melayu

Memang betul gak laa yang kaki zina kaki judi semua orang melayu

Tapi apa kaitannya aku pun tak nampak. Semua yang ko cakap tu dah pasti orang melayu yang beragama islam tapi tak mengamalkan agama islam. Dah pasti laa diorang don’t really give a shit about it. Because they never practice islam the way he/she should practice. Dan mereka ni tak sepatutnya dijadikan ‘benchmark’ orang melayu di Malaysia seperti anggapnya semua orang melayu kat Malaysia ni tak amalkan ajaran Islam yang betul. 

Mana-mana agama pun yang dianuti manusia MESTI akan ada sekepala dua yang walaupun menganuti agama tersebut, tapi tak amalkan apa yang agama tersebut ajar. Tapi adil ke kau judge seluruh penganut agama tersebut sebabkan sekepala dua yang bersikap rebel  terhadap ajaran agamanya?

Kenapa orang melayu tak payah terasa?

Kenapa ko anggap isu ni sangat ‘exclusive’ sampai pada logik ko sesetengah kaum tak perlu terasa sebab tak amalkan ajaran Islam?

Adakah maksudnya kalo orang melayu campak kepala lembu kat kuil hindu, makanya aku tak perlu terasa sebab aku tak mengamalkan ajaran & fahaman hindu? 

Sedangkan kalo agama lain dihina sedemikian rupa pun aku terasa, apatah lagi agama Islam yang merupakan satu-satunya agama yang diterima di sisi Allah SWT. Memang patut ah aku & org Islam yg lain terasa.

tiga

orang melayu jugak yang tulis statement macam tu. So bagi aku penulisan statement tu sangat irony dan hanya sekadar 'sembang nak menang' aje

dah la pegi sambung baca al-Quran tu eh?