Sunday, March 31, 2013

mengharap jodoh dgn gadis yatim piatu

“Aku rasa kan...” sampuk Arif Jo pada aku.

“amende yang kau rasa tu bro?”

Seminit dua dia termenung. Tengah susun ayat nak bagi aku faham apa yg dia nak sampaikan barangkali. Aku pun tak cakap sepatah sementara itu.

“Aku nak cari sorang anak yatim piatu laa buat bini”

Jauh aku pandang keluar kedai mamak. Aku dengar kata-kata dia. 

teh tarik segelas dah habis. kena order segelas lagi. 

“sebab?” saja aku tanya out of nowhere. padahal saja nak tunggu teh tarik segelas aku order tadi sampai.

“Aku rasa org yg dah bertahun idup tak ada family ni mesti gembira bila ko bagi dia peluang untuk merasa hidup dlm suasana ada keluarga. Ye lah, dapat laa merasa ada seorang mak, ada ayah & merasa bergaul dgn adik-beradik lain. Mungkin lah sekadar keluarga ipar pun”

Terdiam lama aku fikir ayat member aku ni.

“Aku percaya kalo kahwin dgn perempuan yatim piatu ni diorang akan sangat terhutang budi dgn ko & sebolehnya hargai keluarga kita, sbb keluarga kita tu pun keluarga dia jgak. Org yg tak ada keluarga sebenarnya tau nilai keluarga tu dlm hidup diorg”

Boleh tahan deep jugak pemikiran Arif Jo ni. 

jom layan lagu sebijik untuk menghayati deep pemikiran Arif Jo sorang ni.




Tuesday, March 19, 2013

petua hidup #1 - macam mana nak buktikan kau kaya?



Haha tip kat atas ni sangat bagus sebenarnya.

Macam ni laa cakap. Kalau kau cerita pung pang pung pang tentang kekayaan atau bertapa melimpah ruahnya kemewahan kau pada kawan-kawan kau sambil lepak layan teh tarik kat kedai mamak...

Buktikan laa kau betul-betul kaya berada berharta segala macam kemewahan dengan belanja makan minum kawan-kawan kau tuh..betul tak?

Lagi bagus sebenarnya kalau kau belanja satu kedai mamak tuh. Hahaha.

Selalunya aku perasan orang-orang MLM laa buat macam ni.

Datang jumpa client ber’potensi’ bawak BMW 5 series

Pakai baju Ralph Lauren. Jam pulak nak Rolex.

Cerita pum pam pum pam macam mana kau berjaya dan tiap-tiap bulan dapat check 5 angka berkat hasil usaha kau (selalunya konon nak tolong org melayu ah)

Last-last bila nak bayar bil tuh, slow-slow cakap “kita bayar asing-asing eh? Aku takde duit pecah ah brooo..maklum laa not RM 100 je tangan aku merasa skang”

Apa sangat laa makan kat kedai mamak tuuu...

Setakat 4-5 gelas teh tarik tak sampai pun RM 20. Tadi bukan main cerita kekayaan kau pum pam pum pam.

Sebab tu kot aku tgk diorang susah nak convince ‘potential client’ diorang. 

Kau cakap kau banyak duit. Tapi apa pasal kau terlalu berkira nak keluarkan duit untuk buat orang lain senang hati sedikit? 

Mari gelakkan diorang beramai-ramai.

Haha.   

p/s - kalo dgn awek jgn laa cerita pasal kekayaan ko even kalo betul ko kaya pun. buat dia tau ko kaya dgn bayar duit shopping diorg tanpa kata apa sambil senyum penuh maskulin. itu sangat turn on bagi gadis-gadis ye. 

Monday, March 18, 2013

melawan kejahilan dengan apa?



Tak ada benda yang lagi berkesan untuk memerangi kejahilan...

Melainkan dengan ilmu.

Jadi kawan-kawan, mari pilih senjata kamu..

Pistol mahupun buku.

Dua-dua berkesan sebenarnya.

Jujurlah dengan diri sendiri please? 

Terlalu banyak benda dalam hidup kita yang perlu diperbaiki.

Mungkin hubungan kita dengan Yang Maha Esa.

Mungkin hubungan kita dengan mak ayah serta keluarga kita.

Mungkin jugak hubungan kita dengan waiter kedai mamak yg selalu amik order kita.

Gila apa panggil2 brader mamak tu mencicit macam tikut kena taun.

Nah, itupun perlu kepada ilmu jugak kan? Ye laa, kamu ingat nak adab tatasusila tak perlu pada ilmu ke? 

p/s – sesiapa yang berkesempatan sila laa berkunjung ke Pesta Buku kat PKNS Bangi sampai ujung bulan ni. Buku agama yg ada memang sangat banyak buat mereka yang mahu membasmi kejahilan agama dlm diri sendiri atau orang sekeliling. insyaallah manfaat dunia akhirat utk kita semua.


p/s/s – terpikir jugak orang yg panggil waiter kat mana-mana kedai makan tu aku tgk selalunya bebudak muda yang bertopi SWAG (konon cool laa) dan diorg tak sedar ke hampir semua waiter kedai makan selalunya lelaki yg dah berusia separuh abad? Itu sangat rude ok?

image source 9gag.com

Friday, March 15, 2013

Making a return.


Salam’alaik

“Usually, there is nothing more pleasing that returning to a place where you have endured hardship.” -  Tahir Shah, In Search of King Solomon's Mines

Apa yang dikatakan kat atas ni agak benar & sangat menggambarkan apa yang aku rasa buat beberapa ketika.

Suatu masa dulu, blogging adalah satu “life” dalam siri-siri hidup aku.

Takde lah sampai tahap blog aku follower sampai beribu-ribu orang, tapi aku hepi kot bila ada interaksi antara aku & blogger-blogger lain.

Ye lah, manusia mana yang tak mendambakan interaksi sesame manusia ( biar lah kalo ianya dgn medium blog sekalipun)

Entah kenapa aku tinggalkan “life” blogging satu masa dulu.

Banyak sebab jugak lah, tapi biasalah manusia ni adakala dia teringat benda yang dia dah tinggalkan.

Rasa nak blog balik tu datang.

Rasa nak comment kat post-post blog orang lain tu datang sendiri.

Keseronokan update blog tu tetiba nampak amat mengujakan. 

Sapa yg pernah ada blog aje tau bertapa terujanya bila kita dpt bina hubungan & tengok pendapat orang lain(even kadangkala merepek pun haha) 

Ye lah, seronok ape main tag-tag blogger lain pastu suh post gambar laa, buat posting laa dan segala macam cara nak meriahkan blog kita ( aku pn pernah buat mcm tu hahaha )

Dan mungkin jugak sebahagian diri kita rasa selesa nak luahkan apa sahaja melalui tulisan. Tak kisah lah ianya info, perasaan & isi hati, sapa crush kau & sapa yg kau admire, kau mungkin selesa berkongsi apa sahaja pengalaman hidup suka duka korang melalui tulisan di blog & nak lepaskan nafsu amarah yg bergelojak pun nak lepaskan melalui tulisan di blog...

Ya, aku rindu semua itu.

ini aku. bukti aku ni jejaka gagah jugak. wah giteww


Mudah-mudahan kali ini Tuhan teguhkan diri aku dalam bidang blogging ni & tidak terpesong meninggalkan rakan blogger yg sebenarnya kisahkan diri aku walaupun hanya melalui blog. 

Harapnya lah aku tak padam blog ni macam dulu minggu depan.