Monday, May 27, 2013

petua hidup #2 - hidup macam kau pergi cybercafe nak main game


contoh lah aku bagi

kau pergi cyber cafe Chia Seah nak main dota 2 online (sapa taktau apa tu dota, pergi la google)

obviously kau nak main dota untuk make yourself feel good. 

mana ada orang main dota untuk stresskan diri. seriously tak ada. aku rasa orang yang stress pergi cyber cafe hanyalah cikgu Zabidin merangkap guru disiplin sebuah sekolah di ibukota sbb kena rush pelajar-pelajar sekolah beliau lepak kat cyber cafe pada waktu persekolahan. ya, itu kes terpencil.

walau apa pun, seorang player dota bila online garena (pergi google kalo tak tau) mesti nak have fun, kan?

biarlah kalo dapat main game seround, dua round, lapanbelas kali round pun takde hal, janji happy itu dah pasti dalam hati sambil gelak ha ha ha.

macam tu lah hidup jugak.

tak kisah berapa lama pun main, yang penting enjoy. sekejap pun ok, janji puas & gembira.

tapi takde guna lah jugak kalau ko main 72 jam online garena straight tapi kerja nak farming duit aje kerja.

itu lah pemenang anugerah player dota paling n00b dan loser. duit banyak tapi tak bawak manfaat team sekerat pun. buat penat je rekrut player dota mcm tu dalam team. umpamanya kalo ada group presentation ada sorang dlm group yg dok diam tak contribute apa-apa, tolong present pun tidak, tolong tulis bahan presentation kat atas kertas mahjong tu pun tidak, bagi kata semangat pun tidak, bancuh sirap utk member lain pun tidak, semua pun tidak. tapi bila assesment markah, dapat sama markah cam member group lain.

mengabihkan boreh je ekau ni.

p/s - aku rasa hanya pemain dota tahap tegar aje paham apa aku tulis hari ni. hahaha lantaklah. janji blog update. ingat senang ke nak update blog bila dah nak exam final ni?

Saturday, May 18, 2013

air bateri

“bang, meh saya check abang punya radiator & air bateri. Free aje”  Rushdan menyapa aku kat sebuah stesen minyak dimiliki oleh Negara Pinoy. Rushdan lah kot nama dia. Aku pakai belasah je bagi nama kat orang yang aku tak kenal. Nasib kau lah. Sapa suruh tak pakai nametag. 

Aku tengah khayal tengok meter minyak kat mesin pump tu laju je jalan. Meter harga laju memecut jauh mengatasi meter liter minyak tuh. Kan best kalo aku boleh perlahankan meter harga dan lajukan meter liter minyak tuh. Tu baru laa penjimatan 1Malaysia nama nya.

“ah bolehlah” bagus jugak ada org check bateri & radiator sekali. malas kengkadang nak bawak bengkel ni. selain politik, penipuan yang paling celaka kat dunia kebanyakannya kat workshop kereta lah selalunya. Mentang-mentang kebanyakan org tak berapa nak tau benda technical dalam bidang automotif selamba je sesetengah mekanik tipu kau hidup-hidup, lagi-lagi kalo kau bangsa yang cuma tau start enjin, tekan minyak & brek sahaja. Silap-silap dia tukar spark plug aje kau dah kena ratus-ratus. Tu pun dia cakap laa benda-benda technical yang kita orang biasa tak faham, which is totally full of crap because basically you are taking advantage upon other people’s inability to understand, not because you deserve to be paid. Yeah, just like our dear politicians. 

Aku pun bukak dan check air bateri keta aku. Yup, hampir kosong. Jadi aku pun bagi lah chance kat mamat Rushdan ni menjadi hero dengan jadi tuang tukang air bateri kat keta aku. Boleh je aku nak buat sendiri, tapi takpe lah bagi chance kau berkhidmat kat aku dengan jayanya. Nanti mana lah tau kalau ditakdirkan aku menang anugerah Buenos Aires Filem Festival aku sediakan satu line penghargaan untuk kau Rushdan. Ya, untuk kau saja. 

Sambil dia penuhkan air bateri, dia pun mula lah buat side talk sikit kat aku. Bak omputih kata “breaking the ice” dan cuba nak bermesra dengan aku. Mungkin dengan harapan aku bagi la sekadar lebih dari satu dua line penghargaan padanya. 

“Abang rasa air bateri ni kita boleh minum tak?” Tanya Rushdan tetiba. 

Aku tak tahu lah samada si Rushdan ni nak uji pengetahuan sains aku ke apa. Berpeluh kangkang aku dengar soalan kau ni. terumbang ambing sial hati aku, 

“ boleh” selamba jawapan aku.  

“perrrgghhhhhh kental siot abang ni..” wah puji melambung kau. Apa pasal respons kau macam tu pun aku tak tau. 

Layan je lah lagu kat bawah ni ye? 


selamat berhujung minggu semua.
 
kbai. 

p/s – maaf, aku tak mau komen pasal politik. Tanya la banyak kali pun tetap aku tak mau post pasal politik. Memang aku tak mengundi. Tapi bukan aku tak kisah hal ehwal negara aku sendiri. takkan orang yang pegi mengundi aje ada hak nak kisah pasal negara kan? Dan kalau aku tak kutuk maki kerajaan macam yang orang lain buat, jangan assume aku macai BN eh?


Wednesday, May 15, 2013

Mean tweets for everybody



Aku yakin sapa-sapa yang biasa guna internet mesti pernah laa sekali dua (atau berkali-kali mungkin) tulis kata-kata keji or korang komen ntah hapa-hapa kat blog orang lain?

Well, tak semestinya blog. Mungkin jugak youtube ke, twitter ke facebook ke apasegalamacam medium internet masakini.

Ah takyah nak tipu laa mesti pernah kan? Eh yang tetiba plak keluarkan kepiah putih pegang tasbih berhabuk tu baca post aku ni pehal? Tebiat ape? Nampak benor berlakon kome ni ye. Hikhikhik

Ye macai - macai, balaci, khadam, cybertrooper serta keyboard warrior parti-parti politik, takyah laa sibuk cari teh O ais. Aku tau korang dah panas haha (walaupun aku tak rasa diorg baca blog aku ni)

Rakyat Malaysia yang terkenal dengan sopan santun serta adat ketimuran mereka hanyalah tinggal kenangan bila datang beberapa situasi otomatiknya segelintir rakyat Malaysia tak ubah macam yahudi dahagakan darah rakyat Palestin. Contohnya bila memandu dan bila online kat internet dan lain-lain lagi yang terlalu 18SX utk dikatakan kat blog yang suci lagi kudus ini.

“ellek la..jgn marah beb…..lahanat2 pun..x la buat perkara jijik mcm ni..nak kuasa punya pasal..sanggup gadai maruah….ntah ko ni pun anak luar nikah..patut la perangai ko pun mcm syaitan….”Anti Kurang hajar ( ayat kau pun sopan jugak ye bang?)

“JOM SOLAT ASAR,ORG PAS MANA RETI SOLAT,YG DIA TAHU MERAPU MERABANJendela Semasa (watdehel? nak crita ko nak ajak org smbhyang asar je pun)

Bila baca komen org tulis mcm tu, aku diam sambil goyang lutut minum kopi espresso. Tapi kalo lah kat facebook ada butang komen “pee hard on his/her face” memang aku dah klik, rosak 10 bijik mouse pun takpe sebagai tanda benci lah benci uols punye komen mcm tu, tak kuasa mak uol noks.

 Bukan apa, semak kot kepala otak orang yang baca komen kau yang sungguh “puitis dan penuh perasaan”. Dan aku tak paham kenapa mesti komen ada laa unsur lucah, anak haram dan segala macam you know what i mean. Sangap ke apa? 

Ok tengok video kat bawah 


gila, Zooey Deschanel yang innesen tu pun dihanjingkan rakyat amareka eh? takde taste laa diorg ni

Pernah tak terdetik dalam hati apa orang yang kau ‘celaka’kan rasa apabila baca segala ayat keji hanjing yang kau tulis kat mana-mana di internet?

in my own words, even perhaps Jimmy Kimmel put it in a humorous & funny way every celebrities reading the tweets that fucked them up on the internet, but you can see the expression of disbelief & disappointed that such words were meant for them, even if it wasn’t any of their fault.

Oh apa tak faham bahasa omputih? 

 Ye la, aku paham macai-macai, balaci, khadam & cybertrooper serta keyboard warrior kat Malaysia ni mana paham bahasa omputih melainkan fcuk dan shit. Oh idiot pun paham le jugak walau sebut macam ai-daio-tt bunyiknye. tu pun kopipes kot barangkali.

Mungkin Jimmy Kimmel persembahkan ia dalam cara yang kelakar serta penuh hilai tawa setiap selebriti baca tweet yang mengsenggamakan mereka di internet, tetapi kau boleh lihat reaksi sedih & terkejut mereka kerana tak sangka ayat sedangkal seperti itu ditujukan untuk mereka.  

Mereka adalah ibu, bapak, anak, adik, abang kepada keluarga mereka.

Mereka adalah sahabat kepada rakan mereka. 

Macam mana kau rasa mak, bapak, anak, adik, isteri, abang, gundik, tok ngah, nek Siah, Deraman, Sivamurthi jual sekerap getah, Chia Seah tauke cybercafé tempat kau main dota, kak Bibah tak patut dihanjing dan dimaki sebegitu rupa...

Haa macam tu lah. Aku pun dah taktau nak cakap apa. Takde moral apa pun. Pandai lah kau orang fikir sendiri.   

aku nak gi bancuh espresso sedas lagi. sedap pulak biji kopi Costa Rica nih. 

k para macai, para balaci, para khadam, cybertroopers dan sekalian keyboard warrior, aku gerak dulu eh?

oh dan pelis laa, nak maki nganjing orang ke apa, JANGAN PAKAI HURUF BESAR BOLEH TAK?


Friday, May 3, 2013

apa kau expect pilihanraya ini kali derr..



Satu benda yang aku rasa ketara orang akan cakapkan bila nak mengundi esok ni...

Adalah mereka expect parti yang mereka undi esok mampu menyelesaikan masalah diorang.

Ok fine.

Tapi mereka tak perasan pun masalah tu start dari diorang pastu expect dengan mengundi parti kesayangan mereka & keturunan mereka untuk fix their own problem.

ngundi jang oi
 Aku bagi contoh

PR janji nak bagi up limit gaji minimum sebanyak RM1100 kalau diorang menang

Member tu pun cakap “bagus laa camni, ada la gak duit lebih nak buat menyimpan..nak harapkan kerajaan Bee Enn hak ptuuuiihh”

Tapi hidup kau boros. Ada seribu dalam tangan lajuuu je kau belanjakan beli benda merepek-repek.  Rokok jalan memanjang, tukar body kit kereta setiap bulan, latest design LV & Prada kena update dlm wardrobe...

Kalau dah hidup kau boros macam tu, bagi laa limit gaji minimum sejuta ringgit dengan bonus setiap setengah bulan sekalipun tak mampu laa nak ada simpanan..

Lepas tu bising kerajaan Bee Enn zalim rakyat laa apa segala carut maki sbb kau tak mampu nak buat simpanan kewangan, padahal yang borosnya ekau jang oi

Bukan aku nak back up kerajaan Bee Enn rakyat dihulukan pencapaian dicapati

Eh apa ntah

Pointnya kat sini jangan salahkan orang lain sangat kalau kau tak mampu nak manage masalah kau sendiri & put the blame to others for your s**t

Ya mungkin apa-apa policy yang mana-mana parti politik janjikan nampak tempting & alluring pada nafsu amarah kau & mampu membantu mengurangkan beban kau..

Tapi still yang responsible pada masalah kau adalah kau sendiri, bukan Anwar Ibrahim, Najib Razak or Rosmah Mansor sekalipun

Benda yang sama jugak dalam masalah hidup yang lain..

Kalau kau taknak take the effort to educate your kids, apa yang kau expect kementerian pelajaran buat?

Kalau kau taknak ajar anak-anak kau solat & ngaji Quran, apa kau expect JAKIM buat?

Kalau kau obesity & taknak makan ubat kencing manis kau, apa kau expect kementerian kesihatan buat?

Kalau kau sendiri biar anak kau geng dgn rempit, pengkid & Lan Todak, apa kau expect Dato’ Najib nak buat dengan anak kau?

Apa-apalah jang oi.