Saturday, May 18, 2013

air bateri

“bang, meh saya check abang punya radiator & air bateri. Free aje”  Rushdan menyapa aku kat sebuah stesen minyak dimiliki oleh Negara Pinoy. Rushdan lah kot nama dia. Aku pakai belasah je bagi nama kat orang yang aku tak kenal. Nasib kau lah. Sapa suruh tak pakai nametag. 

Aku tengah khayal tengok meter minyak kat mesin pump tu laju je jalan. Meter harga laju memecut jauh mengatasi meter liter minyak tuh. Kan best kalo aku boleh perlahankan meter harga dan lajukan meter liter minyak tuh. Tu baru laa penjimatan 1Malaysia nama nya.

“ah bolehlah” bagus jugak ada org check bateri & radiator sekali. malas kengkadang nak bawak bengkel ni. selain politik, penipuan yang paling celaka kat dunia kebanyakannya kat workshop kereta lah selalunya. Mentang-mentang kebanyakan org tak berapa nak tau benda technical dalam bidang automotif selamba je sesetengah mekanik tipu kau hidup-hidup, lagi-lagi kalo kau bangsa yang cuma tau start enjin, tekan minyak & brek sahaja. Silap-silap dia tukar spark plug aje kau dah kena ratus-ratus. Tu pun dia cakap laa benda-benda technical yang kita orang biasa tak faham, which is totally full of crap because basically you are taking advantage upon other people’s inability to understand, not because you deserve to be paid. Yeah, just like our dear politicians. 

Aku pun bukak dan check air bateri keta aku. Yup, hampir kosong. Jadi aku pun bagi lah chance kat mamat Rushdan ni menjadi hero dengan jadi tuang tukang air bateri kat keta aku. Boleh je aku nak buat sendiri, tapi takpe lah bagi chance kau berkhidmat kat aku dengan jayanya. Nanti mana lah tau kalau ditakdirkan aku menang anugerah Buenos Aires Filem Festival aku sediakan satu line penghargaan untuk kau Rushdan. Ya, untuk kau saja. 

Sambil dia penuhkan air bateri, dia pun mula lah buat side talk sikit kat aku. Bak omputih kata “breaking the ice” dan cuba nak bermesra dengan aku. Mungkin dengan harapan aku bagi la sekadar lebih dari satu dua line penghargaan padanya. 

“Abang rasa air bateri ni kita boleh minum tak?” Tanya Rushdan tetiba. 

Aku tak tahu lah samada si Rushdan ni nak uji pengetahuan sains aku ke apa. Berpeluh kangkang aku dengar soalan kau ni. terumbang ambing sial hati aku, 

“ boleh” selamba jawapan aku.  

“perrrgghhhhhh kental siot abang ni..” wah puji melambung kau. Apa pasal respons kau macam tu pun aku tak tau. 

Layan je lah lagu kat bawah ni ye? 


selamat berhujung minggu semua.
 
kbai. 

p/s – maaf, aku tak mau komen pasal politik. Tanya la banyak kali pun tetap aku tak mau post pasal politik. Memang aku tak mengundi. Tapi bukan aku tak kisah hal ehwal negara aku sendiri. takkan orang yang pegi mengundi aje ada hak nak kisah pasal negara kan? Dan kalau aku tak kutuk maki kerajaan macam yang orang lain buat, jangan assume aku macai BN eh?


No comments:

Post a Comment