Wednesday, May 15, 2013

Mean tweets for everybody



Aku yakin sapa-sapa yang biasa guna internet mesti pernah laa sekali dua (atau berkali-kali mungkin) tulis kata-kata keji or korang komen ntah hapa-hapa kat blog orang lain?

Well, tak semestinya blog. Mungkin jugak youtube ke, twitter ke facebook ke apasegalamacam medium internet masakini.

Ah takyah nak tipu laa mesti pernah kan? Eh yang tetiba plak keluarkan kepiah putih pegang tasbih berhabuk tu baca post aku ni pehal? Tebiat ape? Nampak benor berlakon kome ni ye. Hikhikhik

Ye macai - macai, balaci, khadam, cybertrooper serta keyboard warrior parti-parti politik, takyah laa sibuk cari teh O ais. Aku tau korang dah panas haha (walaupun aku tak rasa diorg baca blog aku ni)

Rakyat Malaysia yang terkenal dengan sopan santun serta adat ketimuran mereka hanyalah tinggal kenangan bila datang beberapa situasi otomatiknya segelintir rakyat Malaysia tak ubah macam yahudi dahagakan darah rakyat Palestin. Contohnya bila memandu dan bila online kat internet dan lain-lain lagi yang terlalu 18SX utk dikatakan kat blog yang suci lagi kudus ini.

“ellek la..jgn marah beb…..lahanat2 pun..x la buat perkara jijik mcm ni..nak kuasa punya pasal..sanggup gadai maruah….ntah ko ni pun anak luar nikah..patut la perangai ko pun mcm syaitan….”Anti Kurang hajar ( ayat kau pun sopan jugak ye bang?)

“JOM SOLAT ASAR,ORG PAS MANA RETI SOLAT,YG DIA TAHU MERAPU MERABANJendela Semasa (watdehel? nak crita ko nak ajak org smbhyang asar je pun)

Bila baca komen org tulis mcm tu, aku diam sambil goyang lutut minum kopi espresso. Tapi kalo lah kat facebook ada butang komen “pee hard on his/her face” memang aku dah klik, rosak 10 bijik mouse pun takpe sebagai tanda benci lah benci uols punye komen mcm tu, tak kuasa mak uol noks.

 Bukan apa, semak kot kepala otak orang yang baca komen kau yang sungguh “puitis dan penuh perasaan”. Dan aku tak paham kenapa mesti komen ada laa unsur lucah, anak haram dan segala macam you know what i mean. Sangap ke apa? 

Ok tengok video kat bawah 


gila, Zooey Deschanel yang innesen tu pun dihanjingkan rakyat amareka eh? takde taste laa diorg ni

Pernah tak terdetik dalam hati apa orang yang kau ‘celaka’kan rasa apabila baca segala ayat keji hanjing yang kau tulis kat mana-mana di internet?

in my own words, even perhaps Jimmy Kimmel put it in a humorous & funny way every celebrities reading the tweets that fucked them up on the internet, but you can see the expression of disbelief & disappointed that such words were meant for them, even if it wasn’t any of their fault.

Oh apa tak faham bahasa omputih? 

 Ye la, aku paham macai-macai, balaci, khadam & cybertrooper serta keyboard warrior kat Malaysia ni mana paham bahasa omputih melainkan fcuk dan shit. Oh idiot pun paham le jugak walau sebut macam ai-daio-tt bunyiknye. tu pun kopipes kot barangkali.

Mungkin Jimmy Kimmel persembahkan ia dalam cara yang kelakar serta penuh hilai tawa setiap selebriti baca tweet yang mengsenggamakan mereka di internet, tetapi kau boleh lihat reaksi sedih & terkejut mereka kerana tak sangka ayat sedangkal seperti itu ditujukan untuk mereka.  

Mereka adalah ibu, bapak, anak, adik, abang kepada keluarga mereka.

Mereka adalah sahabat kepada rakan mereka. 

Macam mana kau rasa mak, bapak, anak, adik, isteri, abang, gundik, tok ngah, nek Siah, Deraman, Sivamurthi jual sekerap getah, Chia Seah tauke cybercafé tempat kau main dota, kak Bibah tak patut dihanjing dan dimaki sebegitu rupa...

Haa macam tu lah. Aku pun dah taktau nak cakap apa. Takde moral apa pun. Pandai lah kau orang fikir sendiri.   

aku nak gi bancuh espresso sedas lagi. sedap pulak biji kopi Costa Rica nih. 

k para macai, para balaci, para khadam, cybertroopers dan sekalian keyboard warrior, aku gerak dulu eh?

oh dan pelis laa, nak maki nganjing orang ke apa, JANGAN PAKAI HURUF BESAR BOLEH TAK?


No comments:

Post a Comment