Monday, March 18, 2013

melawan kejahilan dengan apa?



Tak ada benda yang lagi berkesan untuk memerangi kejahilan...

Melainkan dengan ilmu.

Jadi kawan-kawan, mari pilih senjata kamu..

Pistol mahupun buku.

Dua-dua berkesan sebenarnya.

Jujurlah dengan diri sendiri please? 

Terlalu banyak benda dalam hidup kita yang perlu diperbaiki.

Mungkin hubungan kita dengan Yang Maha Esa.

Mungkin hubungan kita dengan mak ayah serta keluarga kita.

Mungkin jugak hubungan kita dengan waiter kedai mamak yg selalu amik order kita.

Gila apa panggil2 brader mamak tu mencicit macam tikut kena taun.

Nah, itupun perlu kepada ilmu jugak kan? Ye laa, kamu ingat nak adab tatasusila tak perlu pada ilmu ke? 

p/s – sesiapa yang berkesempatan sila laa berkunjung ke Pesta Buku kat PKNS Bangi sampai ujung bulan ni. Buku agama yg ada memang sangat banyak buat mereka yang mahu membasmi kejahilan agama dlm diri sendiri atau orang sekeliling. insyaallah manfaat dunia akhirat utk kita semua.


p/s/s – terpikir jugak orang yg panggil waiter kat mana-mana kedai makan tu aku tgk selalunya bebudak muda yang bertopi SWAG (konon cool laa) dan diorg tak sedar ke hampir semua waiter kedai makan selalunya lelaki yg dah berusia separuh abad? Itu sangat rude ok?

image source 9gag.com

2 comments:

  1. macam nak gi je pesta buku dekat pkns nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila laa pegi :) bole pakai baucer buku 1Malaysia kat sana

      Delete