Tuesday, March 19, 2013

petua hidup #1 - macam mana nak buktikan kau kaya?



Haha tip kat atas ni sangat bagus sebenarnya.

Macam ni laa cakap. Kalau kau cerita pung pang pung pang tentang kekayaan atau bertapa melimpah ruahnya kemewahan kau pada kawan-kawan kau sambil lepak layan teh tarik kat kedai mamak...

Buktikan laa kau betul-betul kaya berada berharta segala macam kemewahan dengan belanja makan minum kawan-kawan kau tuh..betul tak?

Lagi bagus sebenarnya kalau kau belanja satu kedai mamak tuh. Hahaha.

Selalunya aku perasan orang-orang MLM laa buat macam ni.

Datang jumpa client ber’potensi’ bawak BMW 5 series

Pakai baju Ralph Lauren. Jam pulak nak Rolex.

Cerita pum pam pum pam macam mana kau berjaya dan tiap-tiap bulan dapat check 5 angka berkat hasil usaha kau (selalunya konon nak tolong org melayu ah)

Last-last bila nak bayar bil tuh, slow-slow cakap “kita bayar asing-asing eh? Aku takde duit pecah ah brooo..maklum laa not RM 100 je tangan aku merasa skang”

Apa sangat laa makan kat kedai mamak tuuu...

Setakat 4-5 gelas teh tarik tak sampai pun RM 20. Tadi bukan main cerita kekayaan kau pum pam pum pam.

Sebab tu kot aku tgk diorang susah nak convince ‘potential client’ diorang. 

Kau cakap kau banyak duit. Tapi apa pasal kau terlalu berkira nak keluarkan duit untuk buat orang lain senang hati sedikit? 

Mari gelakkan diorang beramai-ramai.

Haha.   

p/s - kalo dgn awek jgn laa cerita pasal kekayaan ko even kalo betul ko kaya pun. buat dia tau ko kaya dgn bayar duit shopping diorg tanpa kata apa sambil senyum penuh maskulin. itu sangat turn on bagi gadis-gadis ye. 

No comments:

Post a Comment