Friday, March 15, 2013

Making a return.


Salam’alaik

“Usually, there is nothing more pleasing that returning to a place where you have endured hardship.” -  Tahir Shah, In Search of King Solomon's Mines

Apa yang dikatakan kat atas ni agak benar & sangat menggambarkan apa yang aku rasa buat beberapa ketika.

Suatu masa dulu, blogging adalah satu “life” dalam siri-siri hidup aku.

Takde lah sampai tahap blog aku follower sampai beribu-ribu orang, tapi aku hepi kot bila ada interaksi antara aku & blogger-blogger lain.

Ye lah, manusia mana yang tak mendambakan interaksi sesame manusia ( biar lah kalo ianya dgn medium blog sekalipun)

Entah kenapa aku tinggalkan “life” blogging satu masa dulu.

Banyak sebab jugak lah, tapi biasalah manusia ni adakala dia teringat benda yang dia dah tinggalkan.

Rasa nak blog balik tu datang.

Rasa nak comment kat post-post blog orang lain tu datang sendiri.

Keseronokan update blog tu tetiba nampak amat mengujakan. 

Sapa yg pernah ada blog aje tau bertapa terujanya bila kita dpt bina hubungan & tengok pendapat orang lain(even kadangkala merepek pun haha) 

Ye lah, seronok ape main tag-tag blogger lain pastu suh post gambar laa, buat posting laa dan segala macam cara nak meriahkan blog kita ( aku pn pernah buat mcm tu hahaha )

Dan mungkin jugak sebahagian diri kita rasa selesa nak luahkan apa sahaja melalui tulisan. Tak kisah lah ianya info, perasaan & isi hati, sapa crush kau & sapa yg kau admire, kau mungkin selesa berkongsi apa sahaja pengalaman hidup suka duka korang melalui tulisan di blog & nak lepaskan nafsu amarah yg bergelojak pun nak lepaskan melalui tulisan di blog...

Ya, aku rindu semua itu.

ini aku. bukti aku ni jejaka gagah jugak. wah giteww


Mudah-mudahan kali ini Tuhan teguhkan diri aku dalam bidang blogging ni & tidak terpesong meninggalkan rakan blogger yg sebenarnya kisahkan diri aku walaupun hanya melalui blog. 

Harapnya lah aku tak padam blog ni macam dulu minggu depan.  


2 comments:

  1. Teruskan menulis. Mungkin bagi kita penulisan ni biasa-biasa, tapi bagi yang membaca mungkin ada nilainya.

    At least, we try to make others happy right? huhu :)

    ReplyDelete
  2. ahaha yup betul ckp awk.

    terima kasih :)

    ReplyDelete